Thursday, May 16, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Aziz Harun tampil single terbaharu

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Setelah berjaya menamatkan pengajiannya di United Kingdom, penyanyi terkenal kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan lagu terbaharu berjudul ‘Kan’. 

    Penyanyi yang dikenali ramai melalui lagu-lagu seperti ‘Senyum’, ‘Jangan’ dan ‘Jauh’ turut popular di Malaysia dan berjaya meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi popular Malaysia yang lainnya.

    ‘Kan’ merupakan karya ciptaan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Romeo yang turut bertanggungjawab mencipta lagu ‘Jauh’ nyanyian Aziz sebelumnya. Kedua-duanya kembali berganding menghasilkan satu lagi lagu yang bakal menjadi halwa telinga peminat penyanyi itu.

    Ezra Kong ketika mengulas mengenai lagu itu menyatakan bahawa ia mengisahkan mengenai seorang lelaki yang dalam keadaan keliru dan tidak pasti perasaan pasangannya pada awal fasa perkenalan.

    Dalam pada itu, Aziz Harun mengatakan muzik sentiasa berubah dan sebagai seorang artis, beliau perlu mengadaptasi keadaan. Beliau juga berharap pendengar akan suka lagu ‘Kan’ dan terus menyokong perjalanan kariernya.

    Lagu terbaharu tersebut sudah dilancarkan secara rasmi sejak 13 Mei yang lalu di bawah terbitan syarikat rakaman Faithful. 

    Sementara itu, lagu tersebut boleh didengari di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music dan Joox manakala muzik video rasmi pula boleh ditonton di saluran YouTube Aziz Harun.

    Aziz Harun kini kembali setelah berjaya menamatkan pengajiannya di United Kingdom dan baru-baru ini, beliau telah mengeluarkan lagu terbaharu iaitu ‘Kan’.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    16 warga Sri Lanka maut dalam perang Ukraine

    COLOMBO, 15 MEI - Sekurang-kurangnya 16 orang askar upahan Sri Lanka telah terbunuh dalam pertempuran antara Rusia dan Ukraine, kata timbalan menteri pertahanan negara...