Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bangunan runtuh ragut sembilan nyawa

    MULTAN, PAKISTAN, 13 MAC – Sebuah bangunan kediaman tiga tingkat runtuh di tengah Pakistan kelmarin, membunuh sembilan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya dua yang lain, kata pihak berkuasa.

    Runtuhan tersebut berlaku di Multan, sebuah bandar di wilayah timur Punjab, dan serpihan bangunan yang runtuh itu turut menimpa rumah-rumah berhampiran, mencederakan beberapa orang di sana, kata pegawai kanan kerajaan, Rizwan Qadeer.

    Beliau berkata mangsa yang maut termasuk empat beranak daripada satu keluarga. Punca runtuhan itu masih tidak diketahui.

    Bangunan runtuh adalah kejadian biasa di Pakistan, di mana banyak rumah dibina dengan menggunakan bahan binaan yang murah dan garis panduan keselamatan sering diabaikan bagi mengurangkan kos.

    Pada Jun 2020, sebuah bangunan pangsapuri runtuh di Karachi, mengorbankan 22 orang. – AP

    Foto oleh Jabatan Kecemasan Rescue 1122 menunjukkan pasukan penyelamat mencari mangsa yang terperangkap di Multan, Pakistan pada 12 Mac. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda