Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan lelaki tempatan dikehendaki

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan yang dikehendaki bagi membantu siasatan.

    Menurut kenyataan berkenaan, satu laporan telah dibuat untuk mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan pihak Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah iaitu Yusry bin Osni dengan nombor kad pengenalan, 00-254015 (kuning).

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan, mereka boleh menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian 3222955 sambungan 127 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.

    Yusry bin Osni. – GAMBAR SERAHAN PPDB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda