Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Bayern tundukkan Wolfsburg 4-2

    BERLIN, 6 FEB — Bayern Munich bertahan untuk menewaskan Wolfsburg 4-2 dan kembali ke puncak Bundesliga semalam walaupun Joshua Kimmich dibuang padang.

    Kimmich dibuang padang dengan kad kuning kedua pada minit ke-54 tetapi Wolfsburg tidak dapat menguasai permainan ketika Bayen memberi pengajaran kepada Wolfsburg dengan bermain pantas.

    Kingsley Coman menjaringkan dua gol diikuti Thomas Muller dan Jamal Musiala menambah dua lagi gol manakala Bayern juga memerlukan penjaga gol, Yann Sommer pada tahap terbaik untuk memastikan kemenangan Bundesliga pertama pasukan tahun ini.

    “Keputusan itu penting, kemenangan lebih penting daripada segala-galanya,” kata jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann.

    “Kami terlalu cuai selepas gol ketiga, tidak cukup tumpuan dan kami membenarkan terlalu banyak peluang untuk pasukan lawan. Tetapi kami berfikiran positif melihat ke hadapan dengan tiga mata ini,” jelasnya lagi.

    Pemain Bayern Kingsley Coman (tengah) menjaringkan gol pertama pasukannya, meraikan bersama pemain Bayern Thomas Muller (kanan) semasa perlawanan bola sepak Bundesliga Jerman antara VfL Wolfsburg dan FC Bayern Munich di Wolfsburg, Jerman semalam. – AP

    Ia sudah memadai untuk Bayern kembali dengan satu mata di hadapan Union Berlin.
    Wolfsburg mempunyai 22 peluang jaringan ke gawang berbanding sembilan kali juara bertahan 10 kali itu.

    Wolfsburg memberi tekanan dari awal perlawanan tetapi Bayern menjaringkan gol pertama pada minit kesembilan apabila hantaran lintang Coman untuk Muller memberikannya peluang untuk menyusup masuk ke dalam gawang dari jarak jauh.

    Pemain sayap Perancis itu menerima hantaran lintang Joao Cancelo dengan sepakan voli untuk jaringan 2-0 lima minit kemudian, sejurus Wolfsburg terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan.

    Muller, membuat penampilan ke-427 untuk Bayern menyamai rekod Gerd Muller, diraikan dengan menanduk masuk sepakan percuma Kimmich untuk gol ketiga Bayern pada minit ke-19.

    Di sebalik jaringan, Wolfsburg kekal kompetitif dan sepatutnya mendapat satu gol menerusi Jakub Kaminski sebelum rehat.

    Pasukan tuan rumah berusaha lebih giat pada separuh masa, terlepas dua peluang baik sebelum Kimmich dilayangkan kad kuning kedua kerana mengasari Maximilian Arnold.

    Wolfsburg menikmati lebih banyak penguasaan bola tetapi gagal mengatur permainan dengan baik sebelum Musiala merampas gol keempat Bayern dengan percubaan individu yang baik pada minit ke-73.

    Mattias Svanberg mencetak satu lagi gol untuk Wolfsburg pada minit ke-81 dan Yannick Gerhardt menyangka dia berjaya menjadikan kedudukan 4-3, tiga minit kemudian, hanya untuk melihat jaringan itu dibatalkan menerusi VAR kerana kesalahan jelas, menurut pengadil. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...