Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pengambilan Program Diploma ‘Aliyah Qiraat kini dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Tawaran Pengambilan Siswa-siswi Baharu bagi Program Diploma Tertinggi ‘Aliyah Qiraat, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) bagi sesi Pengajian 2023-2026 bermula hari ini.

    Tawaran tersebut dibukakan kepada semua warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam.

    Pemohon hendaklah memperolehi pangkat kredit bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam BCGCE ‘O’Level, memperolehi sekurang-kurangnya 4 Jayyid (baik) dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) termasuk Jayyid (baik) dua mata pelajaran teras iaitu Al-Quran dan Bahasa Arab atau Jayyid (baik) dalam dua mata pelajaran wajib iaitu Tafsir/Hadith/Fiqh/Tauhid/Tarikh dan yang sebanding dengannya atau sekurang-kurangnya 4 kredit dalam BCGCE ‘O’ Level atau IGCSE atau yang sebanding dengannya termasuk kredit C6 dalam mata pelajaran Bahasa Arab.

    Pemohon yang telah hafaz sekurang-kurangnya 10 juzuk Al-Quran adalah satu kelebihan dan lulus temu duga kemasukan Diploma ‘Aliyah Qiraat dan mempunyai akuan kesihatan dari pusat kesihatan kerajaan yang diiktiraf.

    Borang permohonan boleh diperoleh di Pejabat ITQSHHB, Simpang 175, KM 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan pada waktu pejabat dibuka, ataupun dimuat turun dari laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama, www.kheu.gov.bn
    Tarikh tutup mengembalikan borang ialah pada 22 Februari, pukul 4 petang.

    Bagi mereka yang bukan rakyat Negara Brunei Darussalam (ibu atau bapa bertugas di jabatan kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan di Negara Brunei Darussalam) yang berminat dan berkelayakan, bolehlah memohon dengan membuat Surat Permohonan Khas kepada Pengerusi Lembaga ITQSHHB melalui pengetua institut.

    Bagi sebarang keterangan lanjut bolehlah menghubungi melalui Pegawai Bahagian Pendaftaran Siswa-siswi dan Ketua Unit Pengambilan (Hal Ehwal Siswa-siswi) Pengajian Tinggi Diploma ‘Aliyah Qiraat, ITQSHHB, Pengiran Siti Norhamdiah binti Pengiran Metassan, di talian 7165945.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...