Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Belajar proses kitar semula

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 5 OKT – Penggunaan kertas yang dikitarkan semula memberikan impak besar dalam mengurangkan kesan-kesan negatif kepada alam sekitar.

    Sehubungan itu, kitar semula memberi perbezaan besar kepada persekitaran, kualiti hidup dan masa depan negara kerana ia menggalakkan penggunaan sumber dengan sepenuhnya sehingga mengurangkan sisa buangan, dan pada masa yang sama mengekalkan sumber semula jadi dan tenaga.

    Perkara demikian antara yang dikongsi oleh EnEvo Sdn Bhd, sebuah syarikat kitar semula berpusat di Daerah Tutong, kepada para pelajar dan guru di Sekolah Rendah (SR) Keriam semasa mengadakan program kerjasama SR Keriam menerusi Program Inisiatif Kitar Semula di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Melalui program berkenaan, taklimat dan demonstrasi berkisar kesedaran pendidikan kitar semula secara umumnya telah diadakan untuk warga sekolah.

    Mereka didedahkan dengan pengetahuan baharu tentang proses dan langkah mengitar semula kertas buangan dan mengubahnya menjadi tisu tandas oleh syarikat tersebut.

    Selain itu, sesi kuiz dan aktiviti kitar semula turut menjadi pengisian menarik di akhir program berkenaan.

    Sebagai salah satu usaha sokongan berterusan bersama, SR Keriam kini sedang giat membekalkan semua kertas terpakai kepada pihak syarikat berkenaan. Hal ini demi sama-sama menggapai langkah proaktif dan progresif menuju perubahan positif melindungi bumi daripada pelbagai ancaman pencemaran.

    ATAS & BAWAH: Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam Program Inisiatif Kitar Semula di Sekolah Rendah (SR) Keriam baru-baru ini. – Gambar oleh Nurdiyanah R.
    Gambar oleh Nurdiyanah R.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...