Friday, May 10, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    30 sertai Kursus Life Saver 995

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Pertubuhan Wargamas (PW) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) pagi tadi mengadakan Kursus Life Saver 995 dan tunjuk cara memadam api kebakaran dan mencegah kebakaran di Ibu Pejabat Pertubuhan Wargamas.

    Kursus yang julung kalinya diadakan itu dihadiri lebih kurang 30 orang ahli pertubuhan berkenaan.

    Yang Dipertua PW, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don selaku pengerusi majlis dalam ucapannya berkata, kursus dan tunjuk cara memadam api kebakaran dan mencegah kebakaran itu dikendalikan di Ibu Pejabat PW iaitu sebuah banglo yang telah diserahkan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Semasa kursus berkenaan, taklimat dan kursus disampaikan oleh Penolong Penguasa Bomba, Pengiran Mohammad Ali Rahman bin Pengiran Haji Salleh.

    Kursus juga dimuatkan dengan tunjuk cara memadam api secara fizikal di kawasan lapang depan ibu pejabat berkenaan dan praktikal memadam api oleh ahli-ahli pertubuhan.

    Antara ahli Pertubuhan Wargamas yang hadir pada taklimat yang diadakan di ibu pejabat pertubuhan itu. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Taklimat disampaikan oleh wakil dari JBP. – Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...