Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bersara tiada dalam kamus hidup Rod Stewart, bakal buat konsert jelajah dunia

    Penyanyi legenda Rod Stewart tidak pernah merancang untuk bersara daripada bidang nyanyian seperti mana didakwa anggota keluarganya sebelum ini.

    Rod, 78, sebaliknya berkata, tiada kamu berasa dalam hidupnya malah ketika ini sedang menanti untuk memulakan siri konsert jelajah di seluruh dunia minggu depan.

    Mirror UK melaporkan, Rod bakal memulakan siri jelajahnya itu ke beberapa buah negara termasuk Scotland, Kanada dan Brazil sebelum menamatkan persembahan akhir di Las Vegas, Amerika Syarikat.

    Sebelum ini, anak-anak penyanyi itu menggesa Rod bersara kerana sudah menghabiskan tempoh 50 tahun dalam dunia muzik dan sudah tiba masanya dia berehat.

    “Anak-anak bimbang tentang kesihatannya dan mahu dia bersara. Bapa mereka pun sudah 50 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik.

    “Sudah tiba masanya mereka merasakan Rod perlu berehat kerana sudah tiada apa yang perlu dibuktikan lagi,” kata sumber terdekat keluarga berkenaan.

    Rod yang terkenal dengan persembahan bertenaga di atas pentas pernah melakukan pembedahan lutut pada 2022, selain melawan kanser prostat pada 2016 dan kanser tiroid pada 2000.

    Untuk rekod, Rod mempunyai lapan orang anak hasil hubungannya dengan lima wanita iaitu Sarah, 59, Kimberly, 43, Sean, 42, Ruby, 35, Renee, 31, Liam, 28, Alastair Wallace, 17 dan Aiden Patrick, 12. – Agensi

    Rod masih aktif dalam dunia hiburan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda