Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bincang kerjasama dua hala

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad, kelmarin, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman di Kafe Semaun, Jalan Jerambak, di sini.

    Semasa kunjungan hormat tersebut, kedua-dua menteri berbincang mengenai pengukuhan kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara terutama dalam perkhidmatan agama.

    Kunjungan hormat berkenan disusuli dengan majlis berbuka puasa bagi meraikan Tuan Yang Terutama dan rombongan yang dihoskan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan isteri.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Laurence Bay Siow Hon; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura, Kadir Maideen Mohamed; dan Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan) di KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh bersama isteri masing-masing.

    TYT Masagos Zulkifli bersama delegasi berada di negara ini bagi rangka lawatan selama tiga hari bermula kelmarin hingga 20 Mac.

    TYT Masagos Zulkifli mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin pada majlis yang diadakan di Kafe Semaun, Jalan Jerambak, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda