Monday, June 24, 2024
25.9 C
Brunei

    -

    Bunuh ibu dengan gunting, lelaki direman 7 hari

    GEORGE TOWN, 16 JUN – Lelaki yang dipercayai menikam ibunya hingga maut menggunakan gunting di sebuah pangsapuri di Relau, Pulau Pinang, Malaysia petang semalam direman selama tujuh hari.

    Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata suspek berusia 40 tahun dan mempunyai masalah mental itu direman mulai hari ini hingga 22 Jun depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    “Polis mendapat kebenaran Mahkamah Majistret di sini untuk menahan reman suspek selama tujuh hari bermula hari ini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Semalam, seorang wanita berusia 67 tahun maut dipercayai ditikam dengan gunting oleh anak kandungnya yang mempunyai masalah mental.

    Suspek yang juga anak bongsu itu dikatakan telah menghubungi abangnya kira-kira 5 petang memberitahu telah menikam ibu mereka dengan gunting.

    Kejadian dimaklumkan kepada polis yang kemudiannya membuat tangkapan ke atas suspek di kediaman terbabit. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran loji bateri bunuh seorang, 21 masih belum dipastikan

    SEOUL, 24 JUN - Kebakaran besar berlaku di sebuah kilang bateri litium Korea Selatan pada hari ini, kata pihak berkuasa, dengan seorang disahkan maut...