KUALA LUMPUR- Pendedahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad baru-baru ini bahawa kira-kira sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, merupakan satu perkara serius yang menuntut perhatian segera semua pihak. Lebih-lebih lagi, kata beliau yang memetik Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, angka itu merupakan peningkatan dua

