Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    ChatGPT kini boleh cari data dari internet

    NEW YORK, 28 SEPT – Platform AI generatif ChatGPT kini boleh mencari data terus dari internet dan mengumpul maklumat terkini secara langsung, kata pencipta OpenAI kelmarin, dalam peristiwa penting bagi perisian tersebut.

    Sehingga kini, respons ChatGPT terhadap pertanyaan pengguna adalah berdasarkan pangkalan data besar, yang tidak mengandungi maklumat selepas Ogos 2021.

    “ChatGPT kini dapat melayari laman sesawang untuk memberikan awda maklumat yang terkini dan sahih, lengkap dengan pautan terus kepada sumber-sumber,” kata OpenAI dalam pos di X. “Ia tidak lagi terhad kepada data sebelum September 2021.”

    Mereka juga mengatakan bahawa ciri terbaharu itu akan membolehkan laman web mengawal bagaimana ChatGPT berinteraksi dengan mereka.

    OpenAI melancarkan kemas kini untuk pelanggan berbayar pada Jun, tetapi menggantungnya selepas pengguna berjaya memintas pembayaran untuk kandungan internet.

    Ciri itu, yang dikenali sebagai ‘Browse with Bing’, juga dikhaskan untuk pelanggan berbayar ChatGPT Plus dan perkhidmatan Enterprise, tetapi OpenAI berkata ia akan segera tersedia untuk semua pengguna tidak lama lagi. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...