Thursday, May 9, 2024
27.5 C
Brunei

    -

    SRDM Lambak Kanan memperingati guru-guru yang telah tiada

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Sempena Sambutan Hari Guru ke-33, Jawatankuasa Ad-Hoc Sekolah Rendah Dato Marsal (SRDM) Lambak Kanan telah mengendalikan Majlis Bacaan Tahlil dan Doa Arwah bagi 17 orang guru yang pernah bertugas di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Majlis yang diadakan di Al-Afiah Cafe, Hotel Al-Afiah, itu adalah yang julung kali diadakan setelah mereka mengadakan perjumpaan semula pada 15 Julai lalu.

    Pengerusi Ad-Hoc SRDM, Haji Othman bin Abdul Rahman dalam ucapan alu-aluannya menyentuh antara kelebihan berwakaf yang merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah SWT kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

    Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah SWT, dengan demikian kedudukan harta wakaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.

    Majlis diteruskan dengan penyerahan buku-buku Yasin oleh mantan Guru Besar SRDM, Haji Sikun bin Rayun kepada Awang Zulkipli bin Haji Ladis bagi pihak jawaankuasa ad-hoc untuk diagihkan sebagai wakaf ke masjid-masjid nanti.

    Antara guru yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar serahan Jawatankuasa Ad-Hoc SRDM Lambak Kanan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...