Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Daihatsu sambung semula pengeluaran

    TOKYO, 8 MEI – Pengeluar kereta Jepun, Daihatsu Motor menyambung semula pengeluaran di kilangnya di wilayah barat Jepun, Osaka kelmarin selepas skandal penipuan ujian keselamatan membawa kepada penggantungan operasi sejak Disember lalu.

    Buat pertama kali dalam tempoh kira-kira empat bulan, pembuat kereta itu, anak syarikat Toyota Motor Corp, turut menyambung semula operasi kilang pemasangan kenderaan siapnya di wilayah Shiga, Kyoto dan Oita.

    Anak syarikat Toyota Motor Corp itu akan mempercepatkan penghantaran tertangguh bagi kenderaan yang telah ditempah, serta penambahbaikan model sedia ada dan pembangunan model-model baharu.

    Penggantungan kilang itu, yang berlaku selepas Daihatsu mengakui menipu data keselamatan untuk kebanyakan modelnya pada Disember lalu, membawa kepada kejatuhan dalam pengeluaran perindustrian negara pada Januari dan menimbulkan keraguan terhadap keselamatan kenderaan kumpulan Toyota, menurut laporan agensi berita nasional Kyodo, kelmarin.

    Pada Disember tahun lalu, skandal pemalsuan ujian keselamatan terbongkar apabila Daihatsu mengumumkan bahawa siasatan mendapati 174 kes salah laku baharu berhubung ujian keselamatan kenderaan baharu melibatkan 64 model.

    Pada April lalu, pembuat kereta itu mengakui penipuan data dalam ujian perlanggaran untuk enam modelnya, termasuk yang dijual di Thailand dan Malaysia.

    Sebulan kemudian didapati bahawa syarikat itu juga telah memperoleh pensijilan kerajaan secara tidak wajar untuk kenderaan hibrid bagi pasaran Jepun. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...