Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    KPDN rampas coklat ‘tiada minyak sawit’

    LABUAN, 8 MEI – Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan merampas sejumlah coklat bernilai RM23,704.90 kerana disyaki berlabel ‘No Palm Oil’ atau ‘Tiada Minyak Sawit’ pada pembungkusannya, Isnin lepas.

    Pengarahnya, Junaidah Arbain berkata rampasan dilakukan selepas pihaknya menyerbu sebuah kedai serbaneka dan sebuah kedai bebas cukai di pusat bandar Labuan.

    Beliau berkata, kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Larangan Penggunaan Pernyataan, Ungkapan Atau Petunjuk) (Keluaran Kelapa Sawit dan Barang-Barang Minyak Sawit) 2022.

    Peraturan berkenaan menetapkan bahawa sebarang pelabelan yang mendiskriminasi produk minyak sawit adalah dilarang.

    Jika sabit kesalahan, pihak yang terlibat boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun.

    “Rampasan ini menunjukkan komitmen kerajaan dalam menegakkan peraturan yang bermatlamat menggalakkan amalan perdagangan adil dan melindungi kepentingan industri minyak sawit,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...