Monday, June 24, 2024
25.9 C
Brunei

    -

    G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris

    BARI, 16 JUN – Tujuh negara perindustrian terkemuka dunia berkempen agar pihak-pihak bertelagah melaksanakan gencatan senjata semasa Sukan Olimpik musim panas ini di Paris.

    Pada akhir sidang kemuncak ketua-ketua negara Kumpulan Tujuh (G7) pada Sabtu, Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni berkata seluruh anggota menyokong agar tiada peperangan semasa temasya itu, lapor Agensi Berita Jerman ( dpa).

    Tuntutan ini juga termasuk dalam pengisytiharan rasmi akhir. Sukan Olimpik Paris bermula pada 16 Julai dan berakhir pada 11 Ogos.

    Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.

    Kumpulan itu terdiri daripada Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Jepun dan Kanada.

    “Ia adalah cadangan yang baik dan diterima sebulat suara,” kata pemimpin Itali itu.

    Bagaimanapun, memandangkan banyak peperangan berlaku di Ukraine, Asia Barat dan kawasan lain di dunia, idea itu tidak dianggap mempunyai banyak peluang untuk berjaya. – Bernama

    Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni bercakap semasa sidang media terakhir di G7 di Borgo Egnazia, dekat Bari di selatan Itali, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kebakaran loji bateri bunuh seorang, 21 masih belum dipastikan

    SEOUL, 24 JUN - Kebakaran besar berlaku di sebuah kilang bateri litium Korea Selatan pada hari ini, kata pihak berkuasa, dengan seorang disahkan maut...