Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa bumi magnitud 6.1 gegar selatan Filipina

    MANILA, 23 JAN – Gempa bumi dengan magnitud awal 6.1 melanda wilayah Zamboanga del Norte di selatan Filipina pada pagi tadi, menurut laporan Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS).

    PHIVOLCS melaporkan bahawa gempa tersebut berlaku pada pukul 11:41 pagi dengan kedalaman 32 kilometer (km), kira-kira 2km tenggara bandar Siocon.

    Institut itu memberi amaran bahawa gempa tektonik tersebut berpotensi mencetuskan gegaran susulan serta menyebabkan kerosakan. Namun, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan besar setakat ini.

    Awal pagi tadi, gempa bumi magnitud 5.8 melanda wilayah di wilayah Leyte Selatan di Filipina tengah pada pukul 7:39 pagi.

    Gempa tersebut, yang berlaku pada kedalaman 14km, terletak 6km tenggara bandar San Francisco, menyebabkan kerosakan kecil pada jalan raya di kawasan tersebut.

    Kepulauan Filipina sering mengalami aktiviti seismik kerana lokasinya di sepanjang Lingkaran Api Pasifik. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda