Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gempa magnitud 6.2 melanda Papua New Guinea

    PORT MORESBY, 5 SEPT – Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan Papua New Guinea melanda pantai utara negara itu hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Peta USGS menunjukkan gegaran berpusat di suatu kawasan di lautan kira-kira 300 kilometer timur bandar Vanimo.

    Seorang jurugambar yang berpangkalan di ibu kota wilayah Wewak memberitahu AFP nampaknya tidak ada kerosakan besar sejurus selepas gempa itu.

    Gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea, yang terletak di atas ‘Lingkaran Api’ seismik iaitu kawasan yang mempunyai aktiviti tektonik sengit yang merentangi Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

    Walaupun gempa di sana jarang menyebabkan kerosakan yang meluas di kawasan yang jarang penduduk, kejadian berkenaan boleh mencetuskan tanah runtuh yang merbahaya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda