Friday, October 18, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Han So Hee kecewa dengan kelakuan ibu

    Susulan ibunya ditangkap atas dakwaan mengendalikan pusat perjudian secara haram, pelakon Han So Hee pula menjadi sasaran kemarahan warganet.

    Tampil mempertahankan diri, So Hee menjelaskan penahanan ibunya itu langsung tiada kena mengena dengan dirinya.

    Malah jelas aktres tersebut, dia sendiri tidak mengetahui ibunya membuka perniagaan tersebut termasuk berita penahanannya.

    “Tindakan itu adalah urusan peribadi ibunya dan So Hee mengetahui tentang hal ini pun melalui laporan media.

    “Sebagai anak sudah tentu dia berasa sangat kecewa.

    “Ingin kami tegaskan kedai judi haram itu tiada kena mengena dengan So Hee,” kata wakil syarikat pengurusannya iaitu 9ato Entertainment.

    Menurut petikan mStar, pihak berkuasa dilaporkan menahan seorang wanita dalam lingkungan usia 50 tahun pada Isnin sebelum mengesahkan wanita yang dikenali sebagai Shin itu adalah ibu So Hee.

    Shin didakwa menjalankan perniagaan haram itu sejak 2021 di 12 buah lokasi berbeza.

    Bagaimanapun, ini bukan kontroversi pertama membabitkan Shin apabila dia juga pernah didakwa menipu dan menyeleweng sejumlah wang dua tahun lalu. – Agensi

    Nama Han So Hee tercemar gara-gara perbuatan ibunya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda