Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Ibu maut serah anak

    Oleh Hanis –

    Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Bulu romaku berdiri tegak memandangkan cuaca sangat buruk ditambah lagi dengan ketiadaan keluargaku di rumah.

    Kedua-dua orang tuaku beserta dengan kedua-dua adik lelaki dan perempuanku turut sama pergi ke majlis kenduri di rumah bapa saudaraku, Malik, di Kampung Lamunin.

    Pada mulanya aku ingin turut sama tetapi aku tidak ada perasaan hendak ikut. Lagipun malam itu malam Jumaat, ada rancangan menarik yang ingin ku tonton. Rancangan itu akan disiarkan selepas News at 10, iaitu pada kira-kira pukul 10:35 malam. Waktu itu jam baru sahaja menunjukkan 9:30 malam, jadi aku berehat di dalam bilik sambil mendengar radio. Keletihan itu menyebabkan aku tertidur nyenyak.

    Loceng pintu kedengaran dan menyebabkan aku terjaga dari tidur. Entah berapa lama aku tertidur. Dengan tergesa-gesa aku meluru keluar dari bilik untuk membuka pintu. Aku menyangkakan keluargaku sudah pulang.

    Apabila aku membuka pintu aku dapati seorang wanita yang cantik memakai pakaian serba putih menggendong seorang anak damit. Anak damit yang digendongnya itu lebih kurang berada dalam lingkungan umur tujuh hari. Aku mempelawa wanita tersebut masuk tanpa ragu-ragu. Aku kasihan melihat wanita itu basah kuyup disebabkan oleh hujan.

    Gambar Freepik

    Kedua-dua anak beranak itu mungkin kesejukan, jadi aku mengambilkannya tuala untuk mengeringkan dirinya dan juga anaknya. Jika dibiarkan berkemungkinan mereka akan mendapat demam.

    Setelah itu aku pun pergi berlalu ke dapur untuk membuatkan secawan kopi hangat untuk wanita itu. Semasa berada di dapur, aku terhidu bau bunga cempaka. Aku merasa hairan juga dengan bau itu. Lagipun ibu tak ada pun menanam bunga cempaka. Tapi aku tidak menghiraukan bau itu. 

    Hujan semakin lebat menyebabkan cuaca semakin buruk. Aku pun tidak tahu bila hująn itu akan reda.

    Berkemungkinan keluargaku akan pulang lewat disebabkan oleh kesesakan lalu lintas. Aku merasa risau juga kerana ada seorang tamu yang datang. Aku menyangka wanita itu teman ibu.

    Setiba aku di ruang tamu, kulihat wajah wanita itu pucat dan tak bermaya. Anak damit yang digendongnya tidur nyenyak. Aku menghidangkan kopi hangat yang aku buat sebentar tadi. Wanita itu seperti ada masalah.

    “Kakak, kakak ada masalah? Ibu belum pulang jadi tunggu sahaja ya? Mungkin sebentar lagi ibu pulang,” kata saya sambil merenung wajah wanita itu.

    Kelihatan wanita itu suka meminum kopi yang aku hidangkan. Jadi aku meminta izin untuk mengendong anak damit itu. Anak damit itu pun diserahkan kepadaku.

    “Kakak ni sebenarnya memang ada masalah jadi kakak ingin meminta pertolongan adik,” sahut wanita itu sambil menghirup kopi panas itu. Aku merasa hairan dengan jawapannya.

    “Kakak ini teman ibukah?” soalku lagi.

    “Tidak, kakak ni cuma hendak meminta pertolongan adik,” jawab wanita itu.

    Aku merasa keliru. Jika wanita itu bukan teman ibu jadi siapa dia?” fikirku sejenak.

    Wanita itu memperkenalkan dirinya. Dia bernama Siti Aishah. Dia juga tinggal di kampung tempat ku tinggal. Hairan juga aku tak pernah berjumpa dengannya.

    Tiba-tiba loceng pintu ditekan. Mungkin keluargaku sudah pulang. Aku meluru keluar meninggalkan wanita itu sendirian di ruang tamu. Anak damit yang ku gendong aku bawa bersama. Tekaanku tepat. Ibu dan ayah sudah pulang.

    Kelihatan kedua-dua orang adikku baru saja keluar dari kereta. Nampak gayanya mereka berdua tertidur di dalam kereta.

    Sebaik saja aku membuka pintu, aku terus memberitahu ibu dan ayah tentang seorang wanita yang datang ke rumah. Ibu menanyakan siapa wanita itu.

    “Siapa nama wanita itu?”

    Aku menceritakan ibu dan ayah dari awal hinggalah akhir. Tetapi setibanya kami di ruang tamu, kami dapati wanita itu hilang entah ke mana. Lagipun anaknya ada padaku.

    Malangnya puas kami mencari wanita itu namun tidak jumpa. 

    Ayah menyangkakan berkemungkinan aku mengigau tapi aku menafikan kerana ada seorang anak damit yang ada padaku.

    Malam itu tidurku tidak nyenyak. Aku asyik memikirkan kejadian berlaku pada hari itu.

    Tiba-tiba angin bertiup kencang. Jendela di bilikku terbuka. Bulu romaku berdiri tegak.

    Kemudian aku terlihat seorang wanita menuju ke arahku. Adakah itu satu lembaga tanyaku di dalam hati. la semakin menghampiri. Ketakutanku semakin menjadi-jadi.

    “Adik… Adik…!” suara lembaga itu. Aku sangat mengenali suara itu. Itu adalah suara wanita yang aku jumpa sebentar tadi. Adakah dia hantu? Hatiku bertanya.

    “Pergi! Pergi!” teriakku.

    “Adik! Adik tak usah takut,” kata wanita itu.

    “Kakak cuma meminta pertolongan adik. Tolonglah kakak adik,” kata wanita itu lagi.

    “Apa kau hendak hah?!” sahut saya.

    “Adik kakak cuma meminta keluarga adik untuk memelihara anak kakak. Sebenarnya kakak telah meninggal semalam. Anak kakak terselamat jadi kakak hantarkannya kepada keluarga kamu,” kata lembaga wanita itu.Kemudian dia menghilang entah ke mana.

    Keesokan harinya aku menceritakan tentang apa yang berlaku semalam kepada ibuku. Ketika itu ayah sedang membaca Berita Harian yang dibelinya hari ini.

    Ayah menceritakan mengenai satu kemalangan yang sangat ngeri berlaku semalam.

    Seorang wanita terbunuh dan anak damitnya hilang. Jadi memang benarlah apa yang dikatakan oleh lembaga wanita itu. Wanita itu dipercayai hidup sebatang kara bersama dengan anaknya.

    Pada permulaan ayah hendak menyerahkan anak damit itu kepada pihak berkuasa tetapi ibu rela menjaga anak damit itu dan kami menganggap anak damit itu sebagai adik sendiri.

    Jadi ayah menyingkirkan hasratnya dan mengambil anak damit itu sebagai anak angkat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...