Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Shuib doa Talita jadi wanita solehah

    Pelawak dan usahawan, Shuib tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata apabila mengetahui anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra datang haid menandakan dirinya sudah akil baligh.

    Kata Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, perubahan fasa anaknya melangkah alam dewasa itu akan dikenang dalam ingatan buat selama-lamanya, kongsi mStar.

    Malah, Shuib turut mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita yang solehah.

    “Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

    “Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat,” katanya.

    Shuib berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran video di Instagram miliknya pada Khamis.

    Pada masa sama, Talita juga dilihat menangis sambil dipeluk Shuib.

    Dalam pada itu, Shuib sempat bertanya kepada pengikutnya adakah normal seorang bapa menangis apabila anak perempuan mereka sudah masuk ke alam dewasa.

    “Saya je ke bapa yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke bapa-bapa yang lain pun sama akan menangis?” tanya Shuib. – Agensi

    Shuib sebak apabila mengenangkan anak perempuannya Talita sudah meningkat dewasa. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...