Tuesday, May 21, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Iklan ‘Crush’ iPad cetus kekecohan pada pengguna

    SAN FRANCISCO, 9 MEI – Iklan untuk iPad Pro baharu mencetuskan kekecohan kelmarin apabila menunjukkan mesin hidraulik bersaiz industri menghancurkan beberapa objek yang dikaitkan dengan kreativiti manusia seperti pemain rekod dan trompet ke dalam tablet yang nipis.

    Pengguna media sosial serta-merta mengkritik iklan itu, yang disiarkan di laman sosial, X oleh Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, sebagai kurang peka ketika komuniti kreatif bimbang tentang masa depannya dengan kemunculan AI generatif.

    “Inilah kemusnahan kepada pengalaman manusia. Dibawakan oleh Lembah Silikon” tulis pelakon Hugh Grant di X.

    Ditetapkan kepada lagu All I ever need is you oleh Sonny dan Cher, iklan seminit bertajuk Crush menyaksikan timbunan artifak kreatif, juga termasuk piano dan tin cat, meletup di bawah tekanan Apple.

    “Saya tidak pasti dengan ‘memusnahkan semua perkara yang baik dan indah di dunia ini sewenang-wenangya’ adalah benar-benar getaran positif yang awda cuba hasilkan,” tulis pengguna X, Judd Baroff.

    Gambar Freepik

    Iklan tersebut dipautkan kepada video TikTok yang viral mengenai mesin perindustrian dan mesin lain yang ditonton oleh berjuta-juta orang di platform.

    Ramai pengkritik menunjuk kepada iklan ikonik pada 1984 ketika pelancaran komputer Mac pertama dan menggambarkan Apple sebagai pemberontak yang membaling tukul besi ke sebuah skrin besar.

    “Empat puluh tahun yang lalu, Apple mengeluarkan iklan 1984 sebagai kenyataan berani menentang masa depan ‘dystopian’. Kini awda adalah masa depan ‘dystopian’ itu. Tahniah,” tulis pengguna X, Yuval Kardov.

    Apple tidak segera mejawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

    Iklan itu diterbitkan ketika pencipta ChatGPT dan Dall-E OpenAI, serta gergasi AI lain, menghadapi saman daripada artis dan penerbit yang mengatakan bahawa bahan mereka digunakan untuk melatih model AI tanpa kebenaran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...