Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Import, eksport minyak mentah AS meningkat

    HOUSTON, 9 MEI – Import dan eksport minyak mentah Amerika Syarikat (AS) meningkat dalam minggu berakhir 3 Mei, kata Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS kelmarin, lapor Xinhua.

    Import minyak mentah AS secara purata ialah 6.969 juta tong sehari (b/d) minggu lalu, meningkat sebanyak 198,000 b/d daripada minggu sebelumnya, manakala eksport minyak mentah ialah purata 4.468 juta b/d, meningkat 550,000 b/d, menurut Laporan Status Petroleum Mingguan.

    Dalam tempoh empat minggu lepas, import minyak mentah AS secara purata adalah kira-kira 6.675 juta b/d, meningkat sebanyak 8.4 peratus daripada tempoh empat minggu yang sama tahun lepas, manakala eksport minyak mentah adalah purata kira-kira 4.573 juta b/d, meningkat 7.6 peratus, menurut laporan itu.

    Amerika Syarikat merupakan salah satu pengeluar minyak penting dunia sejak beberapa tahun lalu berkat pertumbuhan pengeluaran minyak syal. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...