Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kerajaan utamakan peruntukan Sabah

    KINABATANGAN, 9 MEI – Kerajaan pusat sentiasa mengutamakan peruntukan kepada Sabah melalui saluran agensi-agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) serta Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pada tahun ini RM1.49 bilion atau 20 peratus daripada RM7.43 bilion peruntukan Pembangunan KKDW di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 telah diperuntukkan kepada Sabah.

    “Bagi daerah Kinabatangan, KKDW juga telah memperuntukkan RM77.35 juta bagi tujuan pembangunan termasuk untuk pelaksanaan pelbagai projek melibatkan kemudahan awam, infrastruktur perhubungan serta utiliti desa.

    Ahmad Zahid dalam pada itu berkata beliau akan memohon tambahan bajet lebih besar khusus untuk Sabah tahun depan.

    Selain itu menurutnya KKDW juga melaksanakan program lonjakan mega luar bandar dengan peruntukan RM9 juta serta Program Bersepadu Pemajuan Kawasan bernilai RM47.6 juta yang memberi manfaat kepada penduduk.

    “KKDW melalui KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) juga telah menyediakan peruntukan berjumlah RM2.31 juta bagi pelaksanaan pelbagai program pembangunan komuniti dan latihan keusahawanan (RM1.17 juta), pendidikan kemahiran (RM1.14 juta) selain RM1.5 juta bagi naik taraf kemudahan premis bagi manfaat masyarakat luar bandar termasuk kawasan Kinabatangan,” katanya.

    Timbalan Perdana Menteri berkata RM18 juta juga diperuntukkan untuk pelaksanaan program pembangunan modal insan dan modal sosial di negeri Sabah seperti Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK).

    Selain itu, Ahmad Zahid berkata RM155.24 juta telah diperuntukkan bagi Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) serta Latihan Kemahiran Pekebun Kecil untuk pembangunan dan pemerkasaan usahawan luar bandar di negeri Sabah. – Bernama

    Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap di majlis Sentuhan Kasih Desa KKDW dan Keusahawanan Desa Madani di Dataran Tamu, Sukau, Sabah kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...