Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Osaka menang selesa di Terbuka Rom

    ROM, 9 MEI – Naomi Osaka telah kembali ke Terbuka Rom buat kali pertama sejak 2021 dengan kemenangan straight set ke atas Clara Burel pada pusingan pertama, semalam.

    Bekas pemain nombor satu dunia Osaka bangkit menentang lawannya di ranking ke-45 dari Perancis dengan keputusan 7-6 (7/2), 6-1.

    Ia merupakan kemenangan pertama pemain berusia 26 tahun itu menentang pemain di ranking 50 teratas di atas permukaan gelanggang tanah liat sejak menewaskan Victoria Azarenka di Terbuka Perancis pada 2019.

    Osaka, kini menduduki tempat ke-173 dunia selepas berehat daripada jelajah kerana melahirkan anak sulungnya, akan menentang pemain pilihan ke-19, Marta Kostyuk dari Ukraine untuk tempat ke pusingan ketiga.

    Kostyuk, naib juara di gelanggang tanah liat di Stuttgart bulan lalu, tewas kepada Osaka dalam satu-satunya pertemuan mereka sebelum ini, dalam tiga set di Terbuka Amerika Syarikat 2020.

    Dalam perlawanan semalam, bintang Jepun itu telah melakar kemenangan dalam masa 84 minit, menamatkan dengan 27 winner, termasuk lapan ace, dan mematahkan servis lawan sebanyak empat kali.

    “Saya fikir set pertama benar-benar sukar. Saya sangat gembira kerana dapat menamatkannya dalam dua set,” kata Osaka selepas hanya meraih kemenangan keduanya di gelanggang Eropah musim bunga ini.

    “Secara keseluruhan saya cuba kekal kuat secara mental, jadi saya sangat berpuas hati dengan itu,” tambahnya.

    Osaka juga berkongsi, “Saya ketinggalan 5-3, melakukan servis untuk set dan saya kalah (permainan). Tetapi hanya mampu bertahan di sana dan akhirnya menutupnya dengan cara saya sendiri adalah sesuatu yang sangat dibanggakan dengan diri saya sendiri.” – AFP

    Osaka ketika beraksi pada kejohanan tenis Terbuka WTA Rom Wanita di Foro Italico di Rom. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...