Wednesday, February 5, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan perubatan

    TOKYO, 4 FEB – Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, kelmarin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza yang terjejas akibat konflik, lapor agensi berita Kyodo.

    “Kami sedang berusaha mencari kaedah untuk menerima mereka yang sakit atau cedera di Gaza bagi mendapatkan rawatan di Jepun,” katanya dalam sesi Parlimen, merujuk kepada wilayah Palestin yang terus diserang tentera Israel. 

    Ishiba turut memaklumkan kepada Jawatankuasa Belanjawan Dewan Perwakilan bahawa Tokyo akan berusaha melancarkan program khas bagi memberi peluang kepada pelajar dari Gaza melanjutkan pengajian di Jepun. 

    Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada soalan seorang ahli Parlimen mengenai kesediaan Jepun untuk membantu rakyat Gaza yang terkesan akibat serangan udara dan tindakan ketenteraan Israel. 

    Bulan lalu, Ishiba berjanji bahawa Jepun akan menyokong pembangunan Palestin dalam pertemuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Malaysia.

    Anwar minggu lalu mendedahkan rancangan kerajaan Malaysia untuk menubuhkan dana bersama Jepun bagi membina hospital, sekolah dan masjid di Timur Tengah. – Bernama

    Ishiba semasa menyampaikan ucapan menandakan permulaan sesi Parlimen tahun ini di Tokyo pada 24 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda