Wednesday, October 2, 2024
27.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tahan wanita China atas tuduhan mengintip

    BERLIN, 1 OKT – Jerman hari ini mengumumkan penahanan seorang wanita China yang dituduh mengintip industri pertahanan negara itu ketika bekerja di sebuah syarikat logistik.

    Suspek, yang hanya dinamakan sebagai Yaqi X, didakwa melaporkan kepada seorang lagi perisik China yang kini ditahan, Jian G, yang bekerja di pejabat ahli parlimen Eropah berhaluan kanan Jerman, Maximilian Krah.

    Wanita yang ditahan kelmarin “disyaki bertindak sebagai ejen perisikan untuk perkhidmatan rahsia China,” kata pendakwa raya persekutuan dalam satu kenyataan.

    Yaqi X bekerja untuk sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan logistik, termasuk di Lapangan Terbang Leipzig atau Halle di timur Jerman, kata mereka.

    Dia didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengumpulkan maklumat mengenai pengangkutan peralatan tentera dan orang yang mempunyai hubungan dengan syarikat senjata Jerman.

    Antara pertengahan 2023 dan Februari tahun ini, dia berulang kali menghantar maklumat mengenai penerbangan, kargo dan penumpang di lapangan terbang kepada pekerja perkhidmatan rahsia China iaitu Jian G, yang sedang didakwa secara berasingan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda