Saturday, January 11, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan amal baju-T bantu Palestin

    KUALA TERENGGANU, 17 OKT – Persatuan Muay Thai Terengganu dengan kerjasama Terengganu Fight (T-Fight) mengambil inisiatif mengadakan jualan amal baju-T untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin.

    Presiden Persatuan Muay Thai Terengganu, Najmi Abdullah berkata jualan baju ‘T-Fight SavePalestine’ berharga RM25 sehelai itu akan dijual secara dalam talian di laman Facebook ‘T’Fight’ bermula esok.

    “Hasil keuntungan daripada jualan baju-T berkenaan akan disumbangkan sepenuhnya kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkredibiliti serta berpengalaman dalam menyalurkan bantuan kepada Palestin.

    “Kami mengambil insiatif ini kerana melihat semangat juang rakyat Palestin yang teguh mempertahankan tanah air mereka,” katanya selepas majlis pelancaran baju-T-Fight X Save Palestine, di sini semalam. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda