Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Jumlah korban banjir Brazil melebihi 100

    BRAZIL, 9 MEI – Angka kematian akibat banjir dahsyat yang melanda selatan Brazil selama beberapa hari telah melebihi 100 orang, kata pihak berkuasa kelmarin, ketika usaha mencari puluhan orang yang hilang tergendala disebabkan ribut baharu.

    Lebih 400 kawasan perbandaran telah terjejas akibat bencana alam terburuk yang pernah melanda negeri Rio Grande do Sul itu, dengan ratusan orang cedera dan lebih 160,000 terpaksa meninggalkan rumah mereka.

    Ramai yang tidak mempunyai akses kepada air minuman atau bekalan elektrik malah cara untuk menghubungi bantuan, dengan perkhidmatan telefon dan internet terputus di banyak tempat.

    Gabenor negeri, Eduardo Leite baru-baru ini telah memberikan amaran bahawa korban mungkin meningkat ketika kecemasan terus menjadi di ibu kota Porto Alegre dan bandar-bandar lain.

    Kira-kira 15,000 askar, bomba, polis dan sukarelawan bekerja di seluruh negeri itu, kebanyakannya menaiki bot dan jet ski untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dan mengangkut bantuan.

    Tetapi di Porto Alegre, hujan kembali kelmarin, menghentikan usaha pemindahan.

    Pejabat datuk bandar menggesa bot penyelamat untuk menangguhkan aktiviti mereka, memetik risiko renjatan elektrik akibat petir dan angin kencang melebihi 80 kilometer sejam. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...