Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kaamatan kekal pupuk perpaduan

    TUARAN, 8 MEI – Pesta Kaamatan kekal sebagai platform terbaik bagi memupuk perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat majmuk di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

    Justeru, beliau menyeru rakyat tanpa mengira kaum dan agama agar terus bersatu padu, saling menghormati dan tidak mudah dipengaruhi dengan anasir yang boleh memudaratkan perpaduan.

    “Apa yang penting, sokongan rakyat kepada kerajaan tidak boleh goyah agar pembangunan boleh dilaksanakan di negeri ini,” katanya pada majlis Pesta Keaamatan Daerah Tuaran 2024 di Dewan Dewan Tun Hamdan, Tamparuli di sini hari ini.

    Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memberi sokong kepada semua perayaan kebudayaan dan agama kerana keunikan budaya serta tradisi di Sabah merupakan aset penting kepada rakyat.

    Dalam konteks pembangunan, Hajiji menggesa semua wakil rakyat supaya turun padang mendekati akar umbi di kawasan masing-masing sekali gus menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

    “Jangan tunggu masalah timbul, sebaliknya sentiasa dekat dengan rakyat. Begitu juga bagi semua pagawai daerah dan petugas di jabatan berkaitan perlu proaktif dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka,” katanya.

    Hajiji berkata tema Pesta Kaamatan tahun ini Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan selaras dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan keterjaminan makanan Sabah, selain sebagai peringatan kepada semua pihak agar terus berkerja keras meningkatkan hasil dan mengekalkan sumber makanan negeri. – Bernama

    Majlis pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Masyarakat Ranau pada 1 Mei lalu. Pesta Kaamatan kekal platform terbaik pupuk semangat perpaduan. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...