Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Kekurangan bekalan telur semakin pulih

    PUTRAJAYA, 17 JAN – Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu.

    Beliau berkata ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu, iaitu November sebanyak 157 juta dan 118 juta pada Oktober.

    “Saya melapor diri di MAFS (Pertanian dan Keterjaminan Makanan) pada 5 Disember lepas. Selepas mendengar taklimat tentang situasi semasa bekalan telur, saya bersama pengurusan tertinggi MAFS bertemu beberapa pengeluar utama telur untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya bekalan dapat dipulihkan.

    “Data yang saya peroleh daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur agak kritikal pada Oktober dan November 2022. Alhamdulillah, sekarang bekalan ayam dan telur sudah mula pulih, insya-Allah akan kembali stabil tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Disember lepas, kerajaan membenarkan kemasukan telur ayam dari India menerusi laluan udara sebagai fasa percubaan bagi memastikan telur ayam yang diimport menepati piawaian yang ditetapkan.

    Mengenai cadangan supaya kerajaan menghentikan eksport telur, Mohamad berkata langkah itu tidak dapat dilakukan kerana kenaikan mendadak kos makanan ayam yang diimport dan kawalan harga yang terlalu lama hingga menekan pengeluar telur tempatan.- Bernama

    Orang ramai membeli telur ayam pada program My Best Buy dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) di pekarangan Masjid Ibadur Rahman Seberang Perai Utara , baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...