Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Tiga NGO asing sambung salur bantuan

    GENEVA, 17 JAN – Sekurang-kurangnya tiga agensi bantuan antarabangsa terkemuka telah menyambung sebahagian kerja menyelamatkan nyawa di Afghanistan, selepas jaminan daripada pihak berkuasa Taliban bahawa wanita Afghanistan boleh terus bekerja dalam sektor kesihatan.

    Beratus-ratus NGO telah memainkan peranan penting dalam usaha menangani salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia, dengan separuh daripada 38 juta penduduk Afghanistan kelaparan dan tiga juta kanak-kanak berisiko kekurangan zat makanan.

    CARE, Save the Children, dan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) menggantung operasi mereka pada akhir Disember sebagai protes terhadap perintah kerajaan yang melarang wanita Afghanistan daripada menjadi sukarelawan, yang merupakan penarikan semula terbaharu hak wanita di negara itu.

    “Kami telah menerima jaminan yang jelas dan boleh dipercayai daripada pihak berkuasa yang berkaitan bahawa kakitangan wanita kami akan selamat dan boleh bekerja tanpa halangan,” menurut Save the Children dalam satu kenyataan yang mengesahkan mereka telah menyambung semula kerja dalam sektor kesihatan sejak beberapa hari lalu.

    “Walau bagaimanapun, dengan larangan menyeluruh masih dilaksanakan, aktiviti kami yang lain di mana kami tidak mempunyai jaminan yang boleh dipercayai bahawa rakan sekerja wanita kami boleh bekerja dengan aman, masih ditangguhkan.”

    IRC dan CARE juga mengesahkan mereka telah menyambung semula kerja dengan kakitangan wanita dalam sektor kesihatan.

    Masyarakat antarabangsa telah menggesa kerajaan melalui beberapa siri mesyuarat peringkat tinggi untuk membatalkan perintah mengharamkan wanita dalam sektor bantuan, yang dijangka membawa akibat yang berat terhadap aliran bantuan yang masuk ke negara itu. – AFP

    Kaunselor nutrisi dari Save the Children (kanan) menerangkan kepada Nelab, 22, bagaimana memberi makanan terapeutik kepada anak damitnya, Parsto. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...