Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Kempen Melawat Siem Reap 2024 dilancarkan

    SIEM REAP, 17 MAC – Kemboja kelmarin melancarkan kempen Melawat Siem Reap 2024 di wilayah barat laut, dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelawat ke tarikan pelancongnya iaitu Taman Arkeologi Angkor yang tersenarai dalam UNESCO.

    Berucap pada majlis pelancaran yang diadakan bersama-sama dengan upacara pembukaan rasmi Festival Sungai kelapan, Perdana Menteri Hun Manet berkata kempen itu direka untuk menghidupkan semula industri pelancongan di wilayah Siem Reap dalam era pasca pandemik COVID-19.

    “Kempen Melawat Siem Reap 2024, bersama-sama dengan tahun pertukaran rakyat Kemboja-China 2024 dan tahun pelancongan Kemboja-India, akan memberi rangsangan kepada sektor pelancongan di wilayah Siem Reap, menarik lebih ramai pelancong asing ke Kemboja,” katanya.

    Menurut Hun Manet, Lapangan Terbang Antarabangsa Siem Reap Angkor (SAI) yang dilaburkan oleh China, yang telah memulakan operasi komersial November lalu, menjadi magnet berpotensi dengan memudahkan perjalanan pelancong antarabangsa ke taman Angkor khususnya dan ke Kemboja secara amnya.

    Perdana menteri turut menggalakkan pegawai pelancongan, pihak berkuasa tempatan dan ejen pelancongan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti pelancongan bagi menyokong kempen tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...