Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Kereta Safiq Rahim dipecah guna tukul

    JOHOR BAHRU, 8 MEI – Kereta pemain tengah pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim dipecah individu tidak dikenali menggunakan tukul besi di Jalan Sri Gelam malam tadi.

    Menurut laporan polis yang dibuat Safiq di Balai Polis Larkin, insiden berlaku pada 10:05 malam ketika beliau memandu kereta Honda City dari Pusat Latihan JDT Sri Gelam menghala ke Pantai Lido.

    Menurut Safiq, beliau telah didatangi sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki tidak dikenali dan pemboncengnya bertindak mengeluarkan tukul besi sebelum mengetuk bahagian belakang cermin kereta.

    “Saya yang terkejut memberhentikan kereta… kedua-dua lelaki terbabit berhenti di hadapan kereta sambil menunjukkan tukul dan saya mengundurkan kereta kerana ketakutan.

    “Kedua-dua lelaki tersebut me-ninggalkan tempat kejadian tidak lama kemudian, akibat kejadian ini cermin belakang kereta saya telah pecah,” katanya dalam laporan polis yang dibuatnya selepas insiden itu.

    Sementara itu, polis memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan masih mengesan suspek yang terlibat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...