Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kes permerdagangan manusia libat ahli politik

    KUALA LUMPUR, 3 SEPT – Polis telah merakam keterangan lapan individu termasuk seorang ahli politik dan suaminya berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa mempunyai kaitan dengan pasangan itu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya turut merekod keterangan penulis blog dari Indonesia hari ini berkaitan penulisan artikel membabitkan kes berkenaan.

    Beliau berkata, semakan terhadap akaun syarikat beberapa individu yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan juga dijalankan.

    “Selain ahli politik, suaminya dan penulis blog itu, polis turut mengambil keterangan dua individu daripada sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

    Razarudin berkata, pihaknya mengesahkan keberadaan ahli politik itu di Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah namun siasatan mengenai pembabitan beliau dalam aktiviti pemerdangan manusia itu masih dijalankan. – Bernama

    Tan Sri Razarudin Husain (kiri), semasa menjawab pertanyaan media selepas Majlis Serah dan Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan pada 29 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda