Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Ketua mafia Sicily meninggal dunia

    ROM, 25 SEPT – Ketua mafia Sicily, Matteo Messina Denaro yang ditangkap pada Januari lalu selepas tiga dekad dalam pelarian, telah meninggal dunia di hospital di tengah Italy, datuk bandar setempat mengesahkan hari ini.

              Lelaki berusia 61 tahun itu telah dirawat kerana mengalami kanser kolon semasa dalam penjara dengan keselamatan tinggi di L’Aquila, tetapi telah dipindahkan ke hospital bulan lalu selepas keadaannya memburuk.

              Datuk Bandar L’Aquila, Pierluigi Biondi mengesahkan kematian mafia itu di hospital ‘ekoran penyakitnya yang semakin teruk’ dalam kenyataan kepada agensi berita ANSA, yang telah melaporkan berita itu lebih awal.

              Kematiannya “mengakhiri kisah keganasan dan pertumpahan darah,” kata Biondi, sambil mengucapkan terima kasih kepada kakitangan penjara dan hospital atas ‘sikap profesionalisme dan kemanusiaan’ mereka.

              Ia adalah “epilog bagi satu kehidupan yang dilalui tanpa penyesalan atau keinsafan, satu bab yang menyakitkan dalam sejarah baharu negara kita,” katanya.

              Messina Denaro adalah antara ketua yang paling kejam dalam Cosa Nostra, sindiket jenayah Sicily sebenar yang digambarkan dalam filem The Godfather.

              Dia disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana terlibat dalam pembunuhan hakim anti-Mafia Giovanni Falcone pada 1992 dan dalam letupan bom membawa maut di Rom, Florence dan Milan pada 1993.

              Salah satu daripada enam hukuman penjara seumur hidupnya juga dikenakan atas penculikan dan pembunuhan anak lelaki seorang saksi dalam kes Falcone, yang berusia 12 tahun. – AFP

     

    Gambar fail menunjukkan imej Matteo Messina Denaro yang dijana komputer, dikeluarkan oleh Polis Itali, yang dipaparkan di ibu pejabat polis Palermo, Itali, pada 6 April 2007. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    17,000 warga emas di Jepun meninggal dunia sendirian di rumah

    TOKYO, 19 MEI - Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia...