Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Kim Hyun Joong tak kekok pegang cangkul

    Walaupun bergelar selebriti popular, pelakon Kim Hyun Joong nampaknya tidak kekok bergelar seorang petani, lapor mStar.

    Malah kata pelakon drama Boys Over Flower ini, dia jatuh cinta dengan pekerjaan tersebut selepas menjalani kehidupan di kawasan luar bandar tanpa sengaja.

    Pengalaman bergelar petani membuatkan dia lebih menghargai kehidupan dan menghormati mereka yang bekerja dalam bidang tersebut.

    “Kehidupan di luar bandar yang bermula secara kebetulan. Saya menghormati individu terlibat dalam bidang pertanian,” katanya.

    Dalam pada itu, Hyun Joon turut berkongsi pengalamannya sebagai petani dengan peminat menerusi video blog yang disiarkan di saluran YouTube miliknya.

    Malah pelakon itu dilihat benar-benar menjiwai watak sebagai petani termasuk memakai topi pelindung cahaya matahari ketika berada di ladang jagung.

    “Awda boleh menonton kisah kehidupan luar bandar saya di YouTube. Apabila jagung yang saya tanam sudah boleh dituai, saya akan kongsi dengan awda semua,” ujarnya. – Agensi

    Hyun Joong menunjukkan batasan tanaman yang diusahakan olehnya. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...