Tuesday, September 10, 2024
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Konsert Taylor Swift batal kerana diancam keganasan

    VIENNA, 8 OGOS – Tiga persembahan Taylor Swift di Vienna dibatalkan, menurut penganjur lewat kelmarin selepas dua suspek ditahan kerana didakwa merancang serangan pengganas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Keputusan untuk membatalkan konsert yang dijadualkan pada Khamis, Jumaat dan Sabtu minggu ini diumumkan oleh Barracuda Music menerusi hantaran di Instagram. Ia dibuat beberapa jam selepas penguatkuasa undang-undang Austria mengumumkan bahawa dua individu ditahan kerana disyaki merancang serangan, termasuk di konsert Swift.

    Pengarah keselamatan awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata bahan kimia telah dirampas daripada seorang warga Austria berusia 19 tahun. Polis bimbang tentang kemungkinan adanya bahan letupan, telah mengambil langkah awal dengan mengosongkan rumah-rumah dan rumah penjagaan.

    Menurut polis, suspek ditahan pada pagi kelmarin di bandar Ternitz, 75 kilometer ke barat daya Vienna. Seorang lagi individu ditahan pada petang yang sama di Vienna. Polis bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut. – Bernama

    Konsert Taylor Swift dibatalkan akibat ancaman keganasan. – mStar

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda