Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Bagi meningkatkan kefahaman kepada syarikat mengenai pentadbiran cukai di negara ini, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) melalui Bahagian Hasil baru-baru ini mengadakan Sesi Pembarigaan Cukai Pendapatan Korporat yang berlangsung di Bilik Serbaguna 2, Tingkat 3, Island Block, MOFE.
Sesi ini bertujuan untuk membantu syarikat untuk meningkatkan kesedaran terhadap pematuhan Cukai Pendapatan Korporat.
Sesi pembarigaan disampaikan oleh Pegawai Kewangan dari Bahagian Hasil, MOFE, Dayang Siti Yusrina binti Rosli, yang antaranya telah menjelaskan secara menyeluruh tentang Cukai Pendapatan Korporat termasuk Basis of Assessment, Pematuhan Cukai, Perkiraan Cukai dan Pemfailan Cukai selaras dengan Akta Cukai Pendapatan, Penggal 35.