PARIS, 17 NOV – Seorang lelaki yang berada dalam keadaan mabuk ditembak mati oleh polis Perancis hari ini selepas dia mengancam pegawai dan menjerit “Allahu Akbar,” ungkapan yang sering dikaitkan dengan tentera Islam, menurut sumber polis.
Menurut maklumat awal, lelaki tersebut memegang pistol mainan, kata sumber yang dekat dengan kes itu kepada AFP. Lelaki itu dikatakan berada dalam keadaan sangat mabuk.
Pada sekitar jam 6 pagi, polis dipanggil ke lokasi kejadian di mana seorang lelaki bersenjata dilaporkan mengetuk pintu di Villeneuve-Saint-Georges, pinggir tenggara Paris, kata salah seorang sumber polis.
Lelaki tersebut mengancam polis “dengan mengacukan pistol dan menjerit ‘Allahu Akbar’,” tambah sumber itu, menjelaskan bahawa ungkapan tersebut bermaksud ‘Tuhan Maha Besar’.
Seorang pegawai polis kemudian mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tembakan, mengakibatkan kematian lelaki tersebut walaupun pasukan kecemasan telah berusaha memberi bantuan, menurut sumber tersebut. – AFP