Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Lesen memandu Liam Payne digantung

    Bekas penyanyi kumpulan One Direction iaitu Liam Payne, mengaku bersalah memandu kenderaan melebihi had laju ditetapkan.

    Liam dijatuhkan hukuman itu di Mahkamah Majistret Lavender Hill pada 9 Oktober lalu.

    Meskipun tanpa kehadirannya, mahkamah memerintahkan lesen memandunya digantung selama enam bulan dan perlu membayar denda.

    Menurut laporan mStar, Liam bagaimanapun memohon maaf dan mendakwa dia tidak mengetahui had laju dalam penghujahan sebelum ini kepada mahkamah.

    Penyanyi lagu Strip That Down turut dijatuhkan empat mata penalti atas kesalahan itu dan berjanji untuk membayar sebarang denda yang dikenakan.

    Liam mempunyai beberapa masalah kesihatan sejak akhir-akhir ini dan dimasukkan ke hospital di Itali bulan lalu selepas diserang sakit buah pinggang ketika bercuti di Lake Como, bersama teman wanita, Kate Cassidy.

    Beberapa minggu sebelum dimasukkan ke hospital di Itali, Liam telah menghentikan beberapa rancangan di Amerika Selatan selepas dia mendedahkan dia sedang dirawat kerana jangkitan buah pinggang yang serius. – Agensi

    Liam Payne mengaku bersalah memandu melebihi had laju. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...