Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Li Shangfu dilantik sebagai Menteri Pertahanan baharu China

    BEIJING, 12 MAC – Timbalan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) China telah meluluskan pelantikan Jeneral Li Shangfu, 65, sebagai Menteri Pertahanan yang baharu, lapor Sputnik. 

    Proses pengundian itu diadakan pada Ahad pada mesyuarat pleno kelima sesi pertama NPC ke-14.

    Sementara itu, Ding Xuexiang, He Lifeng, Zhang Guoqing dan Liu Guozhong telah dilantik menyandang jawatan naib perdana menteri.

    Li Shangfu, Wang Xiaohong, Wu Zhenglong, Shen Yiqin dan Qin Gang pula dilantik sebagai ahli majlis negara. 

    Selain itu, Ahli Parlimen NPC turut meluluskan pelantikan setiausaha agung Majlis Negara (Wu Zhenglong) dan 26 ketua jabatan Majlis Negara.

    NPC pihak berkuasa tertinggi negara China kelmarin meluluskan pelantikan Li Qiang sebagai Perdana Menteri. Terdahulu, pada  Jumaat, timbalan menteri sebulat suara memilih semula Xi Jinping sebagai Presiden China untuk penggal ketiga. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...