Monday, May 20, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Lindungi kawasan pemuliharaan demi menjaga kelestarian ekosistem

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Terdapat kawasan tapak pelancongan di negara ini di bawah Jabatan Kemajuan dan Pelancongan tidak dibukakan kepada orang ramai kerana dikategorikan sebagai kawasan pemuliharaan dan salah satunya Sungai Ingei yang memiliki ekosistem yang sensitif.

    Hal ini dikhuatiri jika terlalu ramai orang berada di tapak-tapak pelancongan itu akan mengganggu atau mengancam kehidupan liar yang terdapat di kawasan-kawasan pemuliharaan tersebut. Oleh yang demikian, perlunya kita memahami antara kawasan pemuliharaan dan juga rekreasi dalam aspek tapak pelancongan.

    Perkara berkenaan telah dijelaskan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin bagi menjawab pertanyaan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah @Lim Swee Ann berhubung alasan yang menyebabkan tempat-tempat menarik dan berpotensi dijadikan daya tarikan pelancong tidak dapat dibuka kepada orang ramai dan pelancong asing seperti kawasan Sungai Ingei di Derah Belait dan Tasek Merimbun di Daerah Tutong yang masih didapati tidak dibukakan untuk kunjungan orang ramai kerana sekiranya tempat-tempat berkenaan dibukakan maka ia dapat menjana pendapatan negara dan warga tempatan, semasa berlangsungnya hari keenam Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-20 di Bangunan Dewan Majlis, pagi tadi.

    Tambahnya, pihak Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) sememangnya peka dengan perkara berkenaan maka dalam hal ini bagi mana-mana kawasan-kawasan yang dapat dimajukan akan dilibatkan kerjasama penduduk setempat di kawasan itu untuk memajukan kawasan tersebut.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan bahawa Jabatan Kemajuan dan Pelancongan turut menyediakan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara untuk menyediakan prasarana-prasarana asas di kawasan-kawasan tersebut di samping menitikberatkan antara pelancongan dan juga kawasan pemuliharaan demi menjaga kelestarian ekosistem alam semula jadi di negara ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...