Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Majlis graduasi rai pelajar Tahun 11

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 6 DIS – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan sekolah untuk meraikan pencapaian akademik pelajar Tahun 11 Sekolah St Margaret, Seria, sekolah tersebut telah mengadakan majlis graduasi yang bertempat di dewan sekolah pada November lalu.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis adalah salah seorang ahli Lembaga Gabenor sekolah, Tiong Chiong Jing.

    Program ini dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsa-an dan sekolah, yang diketuai oleh kumpulan koir Sekolah St Margaret dan kemudiannya diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengetua, Ramesh Balram dan ucapan inspirasi daripada Tiong Chiong Jing.

    Seterusnya, tetamu kehormat menyampaikan sijil graduasi kepada pelajar Tahun 11 2022, dan diakhiri dengan tayangan video yang memaparkan aktiviti dan kehidupan seharian persekolahan yang dialami pelajar Tahun 11 sepanjang tahun pembelajaran.

    Para guru dan murid yang diraikan bergambar ramai semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...