Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kirstie Alley meninggal dunia akibat kanser

    Bintang sitkom Cheers, Kirstie Alley meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat penyakit kanser di Pusat Kanser Moffitt di Florida, Amerika Syarikat, semalam.

    Berita pemergiannya disahkan anak-anaknya, William True Stevenson, 30, dan Lillie Price Stevenson, 28, menerusi hantaran dimuat naik dalam laman sosial tanpa menyebut butiran terperinci mengenai penyakit kanser dihadapi aktres popular era 1980an dan 1990an itu.

    “Dukacita dimaklumkan ibu kami yang luar biasa, garang dan penyayang meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser yang baru sahaja dikesan.

    “Beliau dikelilingi ahli keluarga terdekat bertarung dengan kekuatan hebat, namun meninggalkan kami dengan kegembiraan yang tidak berpenghujung.

    “Walaupun ikonik pada skrin, beliau adalah ibu dan nenek yang lebih hebat,” tulis kenyataan itu. Menerusi kenyataan itu, True dan Lillie turut berterima kasih kepada pasukan doktor dan jururawat di Pusat Kanser Moffitt atas penjagaan yang baik.

    “Semangat dan kekuatan ibu pada hidup, anak-anak, cucu dan binatang tiada tandingan. Ibu memberi kami inspirasi untuk menjalani hidup sepertinya.

    “Kami berterima kasih atas kasih sayang dan doa awda. Mohon menghormati privasi kami pada masa sukar ini,” tulis kenyataan itu lagi.

    Berita pemergian Alley mendapat perhatian bintang pelakon legenda, John Travolta yang pernah bergandingan dengannya menerusi siri Look Who’s Talking yang menitipkan ucapan terakhir buatnya dalam media sosial.

    “Alley adalah salah satu hubungan paling istimewa yang pernah saya miliki. Saya sayang awak Alley.

    “Saya tahu kita pasti akan berjumpa lagi,” tulis Travolta yang turut memuatkan gambar Alley. – Agensi

    Kirstie Alley meninggal dunia pada usia 71 tahun akibat penyakit kanser. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...