Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Majlis semarak sambutan Maulud

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya telah mengadakan Majlis Ceramah Khas sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bertempat di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, petang tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani; setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, Pemangku Pengarah Urusan Brunei Darussalam Central Bank, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi serta jabatan-jabatan di dalamnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan persembahan dikir daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    Acara diserikan dengan ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama di Pusat Dakwah Islamiah, Awang Isham bin Ismail dan diakhiri dengan Doa Selamat.

    Majlis itu merupakan salah satu aktiviti tahunan bertujuan memperingati dan menyemarakkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bersama tetamu lain melaungkan dikir pada majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, kelmarin. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Persembahan dikir daripada kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    Awang Isham semasa menyampaikan ceramah pada majlis berkenaan. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...