Tuesday, January 21, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, EU sambung semula rundingan perjanjian perdagangan bebas

    BRUSSELS, 20 JAN – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Suruhanjaya Eropah (EC), Urusula von der Leyen mengumumkan untuk menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia dan Kesatuan Eropah (MEUFTA), sekali gus melakar detik bersejarah bagi hubungan kedua-dua pihak.

    Pengumuman itu dibuat sempena lawatan kerja Anwar yang juga Menteri Kewangan ke Brussels, Belgium, pada 19 dan 20 Januari, 2025.

    Dalam satu kenyataan media hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata langkah menyambung semula rundingan itu juga menandakan satu pencapaian penting dalam usaha mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia dengan salah satu blok perdagangan terbesar dunia selain mencerminkan komitmen lebih erat dengan Kesatuan Eropah (EU), antara rakan perdagangan dan pelaburan utama bagi Malaysia.

    Pencapaian ini juga menggambarkan kekuatan hubungan yang berterusan antara kedua-dua belah pihak dan komitmen bersama dalam memupuk kemakmuran ekonomi.

    “MEUFTA dijangka membuka manfaat besar yang merentasi pelbagai sektor ekonomi Malaysia selain mengukuhkan rantaian bekalan global dalam sektor-sektor kritikal.

    “Ia berpotensi untuk meningkatkan eksport dari sektor-sektor seperti produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk berasaskannya serta peralatan optik dan saintifik ke pasaran EU,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden The Belgian Muslim Council, Esma Ucan (tiga, kanan), bersempena lawatan kerjanya ke Belgium, pada 19 Januari. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda