Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mati akibat kerja berlebihan

    BEIJING, 9 FEB – Kematian mendadak seorang pekerja muda di syarikat gergasi internet China telah mencetuskan perdebatan tentang budaya bekerja lebih masa yang melelahkan, dengan firma itu menyifatkan kematiannya itu sebagai ‘satu amaran’.

    Lelaki berusia 25 tahun itu meninggal dunia akibat pendarahan otak kerana bekerja seminggu panjang semasa cuti awam untuk laman penstriman video pendek Bilibili. Bilibili mengesahkan kematian pekerjanya kelmarin dan meminta maaf kepada keluarganya.

    “Kematian pekerja cemerlang ini bukan saja kehilangan besar buat syarikat namun juga ia menjadi satu kesedaran buat kami,” kata Bilibili. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda