Friday, March 14, 2025
32.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat 28 migran ditemukan di Libya

    KAHERAH, 10 FEB – Pasukan penyiasat mene-mukan mayat 28 migran berhampiran sebuah pusat tahanan di kawasan padang pasir di selatan Libya, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Menurut kenyataan Pejabat Peguam Negara Libya kelmarin, kubur besar itu ditemukan di utara bandar Kufra, lokasi di mana puluhan migran pernah ditahan.

    Pasukan keselamatan berjaya membebaskan 76 migran dari pusat tahanan itu.

    Kufra terletak di tenggara Libya di kawasan padang pasir tidak jauh dari sempadan Mesir dan Sudan.

    Situasi keselamatan di Libya kekal berisiko susulan pergolakan berpanjangan akibat perang saudara.

    Terdapat laporan berulang mengenai pelanggaran hak asasi manusia yang serius, termasuk pembunuhan di luar batas undang-undang, perekrutan secara paksa, buruh paksa dan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda