Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Megan Thee Stallion bakal berduet bersama RM BTS

    Penyanyi rap Megan Thee Stallion memberi bayangan bakal melancarkan lagu kolaborasi bersama anggota kumpulan BTS iaitu RM tidak lama lagi.

    Perkara itu menjadi bualan hangat peminat apabila Megan memuat naik status di platform X miliknya dengan menggunakan emoji berbentuk kuda, hati berwarna ungu dan jelingan mata.

    Peminat mula membuat spekulasi ia adalah bayangan kolaborasi bersama BTS memandangkan emoji berbentuk hati ungu cukup sinonim dengan kumpulan popular berkenaan.

    Apatah lagi, sebelum ini Megan dan BTS pernah membuat perjanjian melakukan dua kolaborasi selepas penyanyi rap itu muncul dalam versi remix lagu Butter.

    Lebih menguatkan spekulasi apabila akaun X BTS turut mengulang siar status dibuat Megan.

    Bagaimanapun dalam hantaran tersebut, emoji koala ditambah merujuk kepada RM yang mana karakter BT21 adalah KOYA the koala.

    Megan ketika ini sedang popular dengan lagu Mamushi iaitu duet bersama bintang rap Jepun, Yuki Chiba. – Agensi

    Megan dan BTS pernah berkolaborasi menerusi lagu Butter versi remix. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda